Aku cukup tak faham kenapa kena call umah pastu tanye aku ade ke?
Hello, adik beradik korang sume mane? Takkan dorang tak leh nak tolong sampai nak cari aku?!
Total adik beradik sama je banyak ngan adik beradik aku.
Last-last mak gak yang pening kepala fikirkan solution.
Takkan mak kot nak tolong vakum, mop, cuci tandas, lap-lap rumah tu bagai?
Hari tu aku kemas-kemas dengan ayah pun ambik sampai 4 jam baru settle semua.
Tu dua orang buat keje. Ayah pun bukan boleh kecah-kecah sangat.
Korang gila kalau mak aku sorang je nak buat semua tu?
Takkan korang tak kenal mak aku?
Dia kalau buat keje kat rumah orang takkan buat separuh-separuh.
Mau je nanti dia mop rumah tu, vakum semua.
Nanti dia sakit-sakit sendi siape nak jawab?!
Hari tu pun dia yang mikirkan semua kelengkapan kecik-kecik yang nak guna.
Kain lap pinggan, alas kaki.
Barang-barang nak kemas rumah pun semua bawak dari rumah.
Aku ade nampak sorang adik beradik korang sedap je landing kat sofa tido berdengkur.
Amboi, mesti tak penah kena sepak laju-laju ngan aku kan?
Yang sorang lagi yang baya aku tu ok la. Dia tolong gak vakum carpet yang baru kuarkan hari tu.
Haa, adik korang yg bongsu yang baru balik dari Mesir tu?
Takkan tak leh nak tolong?
Dia balik time kenduri hari tu kan?
Jadi aku maafkan la kalau tak nampak batang hidung dia masa hari tu.
Aku assume jet-lagged ke penat ke.
Tapi sekarang ni??? No excuse okeh.
Haa, lagi satu. Kan dulu tu aku dah kemas semua.
Tak sampai sebulan pun lagi.
Tak mungkin macam tongkang pecah rumah tu.
Kalau dah guna kemas la balik.
Kurang la sepah nye.
Ni tak. Makan kuaci terabur je kulit atas carpet.
Hey, korang tu dah besar panjang.
Semua dah ada anak-anak sendiri.
Takkan benda macam tu pun tak reti nak jaga?
Nak kena lempang laju-laju baru nak faham?!
Geram betul aku dengan semua ni.
Serabut kepala aku fikirkan camne.
Mak mintak aku balik esok lepas kerja pastu gi rumah sana kemas-kemas.
Masalahnye jumaat aku nak gerak dah.
Pukul berapa habis kemas kalau lepas maghrib baru nak start kemas.
Jurnal pun tak siap tulis lagi.
Dah la kereta problem. Siapa nak hantarkan nanti?
Suka je buat aku rasa bersalah dengan mak aku kan?
Lempang laju-laju nak???
Haish...
On the side note,
Congratulation to my friend. Baru dapat baby boy lepas maghrib tadi.
Esok tengahari insyallah nak pergi lawat dia. Kalau tak gi esok tak tau bila lagi boleh pergi.
Takut nanti dia balik rumah mak nye je.
Alamak, hadiah tak beli lagi ni. Adoooooi.
(Cerita ini di videokan dihadapan laptop di vila #2. Dirakamkan sebab nak hilangkan tension.)
p/s: Baru perasan, asal update je bukak cerita lepas geram. Ish, ish, ish...

huk2...cian die. kena g lagih umah tu ari neh...~
ReplyDeleteuit...lama menyepi.... bz sungguh gamaknyer dier neh~
ReplyDelete