Monday, 28 November 2011

Surat untuk Awak




Awak,
Tau tak saya suka awak?
Lama dah.
Sejak first time saya jumpa awak masa jadi Committee. First year, Second semester.
Kita dua-dua jadi bidang terjun dengan sorang lagi kawan saya.
Tapi awak bahagian Sports, saya Multimedia.
Masa tu saya rasa 'sesuatu', tapi saya ignore je.
Ye la, nak tengok muka awak pun saya segan. Nak bercakap lagi la.
Awak tanya berpatah-patah. Saya balas sepatah je. Soalan berkaitan kerja-kerja Comittee la.
"Siapa la saya kan nak banding dengan awak.." Tu la benda yang terlintas dalam otak saya.

Saya ingatkan habis macam tu je. Ye la, mungkin 'monkey love' kan.
Tapi entah macam mana tah, kita jumpa balik.
Kat Lab. Second year masa class tutor.
Awak macam tak kenal saya time tu, tapi awak kenal kawan saya.
Masa tu kita orang gila cuak sebab tak tau buat exercise yang Bro Tutor tu bagi.
Kawan saya tu minta tolong awak. Awak ajar dia dan saya dengar gak.
Dan selepas-selepas tu, kita berjumpa semula sebagai classmate.
Dah nama classmate selalu la jumpa kan dan selalulah ber-interact.
Makanya perasaan ni pun makin hari makin berputik. Eh, ke berkembang? Entah la, saya ni bahasa-bahasi tak pandai sangat. Tapi macam tu la.
Hmm.. awak ni memang nak kena ni.
Dah tau saya suka awak lagi nak muncul-muncul diri kan?

Awak,
Kadang-kadang bila saya duduk sorang-sorang, saya selalu terfikir apa yang buat saya suka awak.
Sebab awak handsome ke?
Sebab awak cute ke?
Sebab awak pandai ke?
Sebab awak baik ke?
Sebab senyuman awak ke?
Tapi tak jumpa-jumpa gak jawapannya.
Orang kata bila kita suka seseorang tu tanpa sebab, itu baru namanya cinta.
Jadi adakah saya cinta awak?

Tapi awak tau satu benda tak?
Saya tak berani nak luahkan kat awak yang saya suka awak.
Bagi saya, saya lagi sanggup status tu hanya sebagai kawan daripada saya hilang awak.
Adakah saya takut dengan rejection?
Agaknya kot.

Jadi apa yang saya decide adalah saya kena lupakan perasaan saya ni.
Dan nak hilangkan perasaan ni mudah sebab saya busy dengan kerja-kerja saya.
Lagipun awak pun dah jarang online YM, FB dan SMS saya.
Dan masa tu saya assume perasaan tu makin lama makin hilang.

Tapi silap saya bila saya hantar SMS time birthday awak hari tu.
Sebab lepas tu awak start SMS saya hari-hari.
Saya pulak, reply hari-hari.
Rasa macam nak maki diri je setiap kali reply SMS awak.
Sebab perasaan suka tu datang balik. In full force.

Kawan seperjuangan saya kat campus ni kata,
Saya patut bagitahu yang saya suka awak.
Tapi macam saya tulis tadi, saya takut.
Takut.
Takut.
Takut.
Takut awak reject dan dalam masa yang sama saya hilang seorang kawan.
Tapi dalam masa yang sama, saya tak nak berharap sebab saya bimbang akan dikecewakan.

Jadinya, biarlah saya pendamkan perasaan ni.
Jika diizinkan-Nya suatu hari nanti untuk kita bersama,
Saya bersyukur pada-Nya.
Tapi sekiranya dah termaktub yang awak bukan untuk saya,
Saya redha.
Dan saya doakan awak bahagia dengan dia.
Dan saya doakan agar saya menemui kebahagiaan saya.

(imaNess;2011)

4 comments:

  1. Ssshhhh... tak leh bagitau.
    Kan da kata nak pendam je. Haha ;p

    ReplyDelete
  2. hoho hoooooo lik..hehe, sapekah jejaka bertuah itu???ima, klu ko sgt suke kt die, ko kne doa tiap2 hari agar didekatkn hati ko ngn die, n dtgkn die kt ko secara ikhlas hatinyee..insyaALLAH, klu die jodh ko, die akn dtg sndri kt ko, tp klu bkn tuk ko, ko kne terima dgn hati tbuka..k..;)

    ReplyDelete
  3. Jeng jeng jeng. Hahah. Baiklah bakal pn. fazi. Akan ku ikut nasihat mu :)

    ReplyDelete